ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi – Ranger Raptor dan Ranger XLT+ buat pertama kali diperkenalkan

Views

Ini berita baik bagi peminat trak pikap, khususnya model Ford RangerSime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia mengumumkan bahawa Ford Ranger baharu bakal dilancarkan pada akhir bulan ini. Rangkaian model baharu itu merangkumi Ranger XL, XLT, Wildtrak dan yang paling ditunggu-tunggu, Ranger Raptor. Buat pertama kalinya, SDAC juga akan memperkenalkan varian Ranger XLT+ ke pasaran Malaysia.

Dengan DNA ‘Built Ford Tough’ dan rangkaian varian baharu, pasti ada sebuah Ford Ranger yang mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan. Ranger baharu kini padat dengan inovasi-inovasi terkini Ford dan bersedia untuk menakluk dunia menerusi pelbagai ciri yang pertama dan satu-satunya di dalam kelasnya, sesuatu yang tidak pernah diperkenalkan ke dalam sebuah trak pikap sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP : Ford Ranger Raptor dah tiba di bumi Malaysia!

Zaman di mana trak pikap direka serta dibina hanya untuk menempuh laluan berlumpur dan sukar sudah lama berlalu. Selari dengan evolusi teknologi dan perubahan selera pengguna, DNA Ranger telah berubah untuk jadi lebih versatil, mewah serta tidak terlalu utilitarian. Pelbagai ciri ditambah ke dalam Ranger untuk meneroka hutan batu. Para pelanggan kini mempunyai pilihan untuk memiliki bukan sahaja sebuah trak yang sedia bagi tujuan komersial, malah kenderaan keluarga dan gaya hidup.

Di Malaysia, jumlah Ranger yang dibeli untuk memenuhi keperluan gaya hidup semakin bertambah. Terima kasih kepada pelbagai teknologi pintar yang disempurnakan lagi dengan ruang kabin yang bergaya dan direka seperti sebuah kereta. Model terlaris Ford di Malaysia telah ditambah baik dari luar dan dalam tanpa kompromi dari segi keselamatan dan keupayaan di laluan jalan lasak. Sekali gus menjadikan Ranger sebuah trak pikap yang lebih pintar, lasak dan berkuasa.

Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply