ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Foto ruang kabin Proton S50/70 (SS11) dirakam dari jarak dekat, guna ‘torsion beam’ di belakang

Foto Intip

Views

Ini kali kedua ruang kabin Proton S50/70 (SS11) berjaya diintai dari jarak dekat dan unit berwarna Passion Red itu mendedahkan imbasan ruang kabinnya yang menggunakan kombinasi rona hitam dan kemasan perak.

Foto intipan terbaharu ini telah disiarkan ke portal rakan media PaulTan.org dan dikirimkan oleh salah seorang rakan pembacanya.

Meskipun masih samar, boleh dikatakan hanya perubahan rona warna yang telah dibuat dan rekaan papan pemuka pula sama seperti model kembarnya, iaitu Geely Emgrand.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Cuma sterengnya telah dialihkan ke sebelah kanan (RHD). Foto kedua pula memaparkan komponen rasuk kilasan (torsion beam) di bawah bahagian belakang. Ia sama seperti dengan versi untuk pasaran di Filipina.

Model S50/S70 akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50/S70 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya.

Fasa pengeluaran besar-besaran S50/S70 (SS11) telah pun bermula bulan ini, manakala pelancarannya pula dijangka pada penghujung bulan yang sama, cuma buat masa ini tarikhnya masih belum dimuktamadkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PaulTan.org

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply