ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anak-anak sepakat buat kejutan hadiahkan ibu Proton X50

Tular

Views

Kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan ibu untuk membesarkan anak-anaknya memang takkan dapat dibalas. Namun, kita sebagai anak pastinya akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan ibu gembira dan bahagia.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ini yang dilakukan oleh pemilik Facebook bernama Chin Wei Chua, yang bersepakat dengan adik-beradiknya untuk menghadiahkan ibu mereka sebuah Proton X50. Menerusi satu video yang dimuatnaik ke akaun Facebooknya, dia turut mendoakan ibunya “50x kegembiraan, 50x kesihatan, 50x kekayaan dan 50x kesejahteraan” yang simbolik dengan nama model SUV tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Katanya, X50 itu telah dibeli dari cawangan pengedar Proton 4S LHM One Stop Car Service Centre di Nilai. Bagi membuat kejutan, SUV itu dihantar menggunakan trak tunda terus ke rumah ibunya. Disebabkan mereka tidak dapat merentas negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya berkumpul secara maya menerusi sidang video menggunakan aplikasi Zoom.

Sungguhpun begitu, kejutan tersebut tetap meriah dan ternyata ibu mereka terharu dengan hadiah tersebut. Tahniah kami ucapkan buat Chin Wei Chua dan keluarga, semoga kisah ini memberi inspirasi buat kita semua. Anda boleh menonton video tersebut menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chin Wei Chua

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply