ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Geely Emgrand 2022 akan dilancarkan di Filipina, pencabar terbaharu Honda City dan Toyota Vios telah tiba!

Berita Tempatan

Views

Geely dilihat semakin rancak membawa masuk model-model terbaharu ke pasaran Filipina dan yang terkini model sedan segmen-B, Emgrand generasi keempat (namakod SS11) bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Iklan acah model tersebut telah mula disiar menerusi laman sosial Geely Filipina, manakala foto-foto intip ini telah berjaya dirakam di salah satu pengedarnya dan telah dimuatnaik ke portal Carguide.ph.

Kelihatan pada model tersebut hanya bahagian logo dan emblemnya masih ditutup pelekat hitam, manakala badannya langsung terdedah sama sekali.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Model yang berkongsi pelantar BMA dengan SUV, Bin Yue/Coolray (X50) dari segi dimensi adalah berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi dan jarak antara gandarnya 2,650 mm. Dari segi saiz, ia setanding dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan.

Di Filipina, Geely dijangka memperkenalkan model sedan ini pada suku pertama (Q1) 2022. Setakat ini Geely Filipina masih lagi berahsia mengenai harga dan spesifikasinya yang hanya akan diketahui semasa tarikh pelancarannya.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Jika dilihat pada foto yang tertiris, ia sepadan dengan varian andalan di pasaran China yang dilengkapi dengan rim aloi 17-inci bersama tayar 205/50R17, bumbung suria dan tempat duduk pemandu kuasa boleh laras dengan 6-tetapan.

Meskipun saiznya agak besar, namun ‘harganya lebih mampu milik’ dan dijangka bakal menjadi pesaing terbaharu kepada Honda City dan Toyota Vios.

Di Malaysia, ada kemungkinan model ini akan menjadi pengganti kepada model Prevé dan ia dijangka akan diperkenalkan selepas Proton melancarkan model X90.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carguide.ph

Foto kredit Terranismo

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply