ARKIB

KATEGORI

Buletin

Acara ‘Trade-in Trade-Up Saturday’ anjuran Proton dan Carsome catat lebih 600 tempahan, 320 unit tukar-beli

Berita Tempatan

Views

Proton telah menjalinkan kerjasama dengan Carsome dalam acara ‘Trade-in Trade-Up Saturday‘ yang telah diadakan baru-baru ini.

Seramai 1,552 orang menghadiri acara yang berlangsung pada 14 Oktober di 32 cawangan Proton yang menjalankan program kereta terpakai syarikat.

Sebanyak 624 tempahan baharu dibuat dengan 320 pelanggan memilih untuk tukar-beli kenderaan mereka. Carsome turut menjalankan 489 pemeriksaan kenderaan semasa acara itu, jauh melebihi sasaran awal 320 unit yang ditetapkan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata pihaknya perlu mempertimbangkan cara untuk memudahkan pengambilan, pengedaran dan pelupusan kereta terpakai untuk menyokong tempahan baharu.

Bahagian pengurusan kereta terpakai (UCM) juga telah dibentuk untuk mencapai matlamat ini dan dengan bekerjasama dengan EBC, bagi menawarkan proses yang lebih cekap dan telus.

Pihaknya juga menyasarkan jumlah jualan kereta ganti yang lebih tinggi, di mana pemilik Proton semasa, menukar kenderaan mereka untuk yang baharu.

Ketelusan dan menawarkan nilai yang wajar kepada pelanggan adalah salah satu perkara yang ditekankan oleh Carsome semasa acara tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, mereka melihat minat yang tinggi di semua 32 lokasi semasa acara tersebut, dan Carsome berminat untuk terus memperkukuhkan
kerjasama ini dengan Proton.

Bagi tahun 2023, bahagian pengurusan kereta terpakai telah menerima lebih 4,500 unit di 32 cawangannya dan berada di landasan untuk mencipta rekod baharu menjelang akhir tahun ini.

Menjelang tahun 2024 pula, terdapat rancangan untuk mengembangkan rangkaian kepada 60 cawangan dengan sasaran untuk mencapai sekurang kurangnya 6,000 unit dengan menjalankan lebih banyak acara tukar beli pada setiap suku tahun.

Pembeli yang berminat untuk mencari kereta terpakai daripada pengedar Proton boleh melayari laman web kereta terpakai khusus syarikat http://used-cars.proton.com di mana mereka boleh melihat stok yang ada dan mendapatkan anggaran harga pasaran untuk kereta terpakai mereka sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply