ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Iriz 2017 sedang diuji tanpa mod penyamaran

Views

Nampak gayanya semakin hampir pelancaran Iriz 2017 yang dijangka dalam masa yang terdekat. Kelibat sebuah unit ujian Iriz 2017 telah berjaya dikesan oleh Muhammad Najmi tengah hari semalam semasa hendak menuju ke masjid untuk bersolat Jumaat. Iriz tersebut langsung tidak mengenakan sebarang pelekat penyamaran. Jelas kelihatan bumbung dan spoiler belakangnya dicat dengan warna hitam.

BACA >> Adakah ini Iriz 2017?

Kami difahamkan model ini adalah versi yang diperhalusi dengan beberapa penambaikan dan telah dipertingkatkan NVHnya menggunakan pakej yang sama pada model Persona dengan penggunaan tiga tapak pemasangan (mounting) enjin dan pengenalan warna baharu. Dari segi kosmetik tiada perubahan ketara kecuali bumbung dan sayap Proton pada jeriji hadapan diwarnakan hitam.

BACA >> MESTI TONTON : Engear – Episod 1

Selain itu papan pemukanya turut dipasang dengan tambahan pelapik kedap bunyi. Berkemungkinan ia dapat membantu menghilangkan terus masalah gegaran dan bunyi dari bahagian tersebut yang masih lagi berulang pada model Iriz dan Persona sedia ada. Model Iriz baharu nanti bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.3 Standard, 1.3 Executive, 1.6 Executive. Paling menarik, versi 1.3 Executive turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin. Jom tengok beberapa lagi foto Iriz 2017 yang kami perolehi dari rakan kami Faris Farhad.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply