ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Itu model Proton X70 Edisi Khas (SE) ke?

Foto Intip

Views

Ketika kita masih menunggu ketibaan model Proton Persona / Iriz MC2 dan Iriz Active, secara tidak semena-mena muncul pula kelibat sebuah trak pengangkut yang membawa beberapa unit X70 berwarna Ocean Blue (warna yang sama seperti X50) di Tanjung Malim.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ia sempat dirakam oleh salah seorang pembaca laman web rakan media kami di Careta.my bernama amirulcat. Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, besar kemungkinan X70 adalah model Edisi Khas (SE) yang bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Ocean Blue dan Passion Red.

Sebelum ini, rakan media di Carlist.my turut memberikan info yang sama dan ia bermakna model Edisi Khas (SE) mungkin akan dilancarkan dalam masa yang terdekat. Jika diteliti, rekaan rim pada model yang dirakam ini juga berbeza dengan rim X70 sedia ada, seakan sama dengan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dalam perkembangan berasingan, Mat Bond turut melaporkan, model X70 MC1 (Minor Change 1) dijangka memulakan fasa percubaan pada bulan depan. Model yang dikatakan sebagai versi facelift pertama untuk X70 itu bakal ditawarkan dengan pilihan enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD).

Enjin tiga-silinder 1.5-liter TGDI ini akan digandingkan bersama kotak gear 7-kelajuan DCT. X70 MC1 dijangka diperkenalkan pada bulan Ogos nanti. Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply