Kami ingat syarikat pengeluar telefon pintar sahaja yang ada versi Pro, rupa-rupanya Geely juga bakal memperkenalkan model Bo Yue PRO pada awal bulan depan. Menurut laman sesawang permotoran Autohome.com.cn, model yang telah dipertingkatkan itu akan menampilkan wajah yang lebih segar dan sistem GKUI19 terkini yang dibangunkan oleh Geely Automobile dan ECARX.
Bo Yue PRO bakal dilancarkan serentak dengan sistem GKUI19 pada 3 Julai ini di persidangan Ji Ke Intelligent Ecosystem di Beijing. Beberapa elemen rekaan Bo Yue PRO dipengaruhi oleh model Xingyue (FY11). Rekaan jerijinya kini lebih besar dan berbentuk tiga dimensi yang turut menampilkan logo hitam terbaharu Geely .
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Bentuk lampu hadapannya juga berubah menjadi lebih kecil dan sepet dengan menggunakan lampu LED sepenuhnya. Bamparnya kini nampak lebih sporty dan moden menerusi rekaan bertingkat dengan gabungan warna dwi-tona serta jejalur krom. Ke bahagian sisi, boleh dikatakan ia langsung tidak disentuh, hanya reka bentuk rim aloi 19-inci baharu yang berjaya mengubah sedikit kesan visual pada SUV ini.
Di bahagian belakang, Bo Yue PRO mengalami perubahan ketara pada rekaan lampu, spoiler dan juga bampar. Susun atur lampu belakangnya juga mendapat sentuhan rekaan tiga dimensi yang nampak lebih canggih dan futuristik. Perubahan reka bentuk juga berlaku pada bahagian dalam, terutama sekali pada konsol tengah papan pemuka.
Ia nampak lebih moden dengan kehadiran paparan sistem infohiburan terkini yang lebih lebar, butang kawalan pendingin hawa sebaris dengan kemasan krom dan hitam piano, stereng baharu, tombol gear baharu, lampu suasana LED, tombol tetapan mod pemanduan dan pemilihan bahan yang lebih baik.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
Bo Yue PRO juga bakal menjadi model pertama Geely yang disertakan dengan jam pintar Edisi Terhad X WATCH yang berintegrasi dengan kawalan kenderaan, sukan dan kecergasan, informasi hiburan, komunikasi mudah alih dan pelbagai fungsi lagi. Dari segi penjanaan kuasa, Bo Yue PRO akan dilengkapi dengan pilihan enjin 1.8TGDI dan 1.5TGDI yang menepati piawaian emisi enam di China.
Enjin 1.8TGDI mampu menjana 184 kuasa kuda dengan daya kilas puncak 300 Nm dan dipadankan bersama kotak gear 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Enjin 1.5TGDI tiga silinder pula digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan automatik manual. Apa pendapat anda mengenai Bo Yue PRO? Adakah Proton bakal menawarkan versi X70 PRO pula nanti? Sama-sama kita tunggu!
Sumber : Autohome.com.cn
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI