ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Mitsubishi Xforce mula jalani ujian jalan raya di Malaysia!

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Mitsubishi Xforce dilihat mula menjalani ujian jalan raya di Malaysia. Ia sekali gus memberi petanda awal bahawa ia bakal menjadi salah satu model yang bakal diperkenalkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) tahun ini.

Foto-foto Xforce yang sarat dengan pelitup penyamaran telah dimuatnaik oleh rakan media di Paultan.org. Bakal pesaing kepada Honda HR-V, Toyota Corolla Cross itu dijangka ‘mengisi kekosongan’ yang ditinggalkan oleh ASX sejak jualannya dihentikan beberapa tahun lalu.

Tidak dipastikan dimana lokasi penemuan unit ujian tersebut, namun beberapa elemen reka bentuk Xforce dapat dilihat, meskipun ia dilitupi hampir sepenuhnya dengan pelekat penyamaran. Paling ketara adalah ‘otot’ profil sisi, rekaan lampu belakang bentuk-T dan rim kemasan dwitona yang sama seperti varian tertingginya.

Sedikit info ringkas mengenai Xforce:

Reka bentuk luarannya adalah berkonsepkan “Silky & Solid” dengan menampilkan rekaan jeriji “Dynamic Shield” SUV yang berevolusi. Rekaan kabin Xforce pula nampak kemas dan minimalis dengan rekaan yang mendatar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia menampilkan papan pemuka dengan panel kelompok digital bersaiz 8-inci yang seolah-olah bersambung dengan unit inforia Smartphone-link Display Audio (SDA) bersaiz 12.3-inci.

Buat julung kalinya model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem bunyi serba baharu, “Dynamic Sound Yamaha Premium“. Ia merupakan hasil kolaborasi antara Mitsubishi Motors bersama pengeluar alat muzik dan perkakasan audio, Yamaha Corporation.

Dari segi dimensi, SUV kompak ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,660 mm tinggi, manakala jarak lega permukaannya adalah 222 mm. Ini bermakna, Xforce berada dalam kategori SUV segmen-B penuh.

Xforce didatangkan dengan enjin aspirasi alami (NA) 4A91 1.5-liter DOHC Mivec yang menjana output sebanyak 105 PS dan 141 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan enjin menerusi transmisi CVT yang memacu roda hadapan (2WD) sahaja.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

SUV kompak ini menawarkan empat pilihan mod pemanduan yang terdiri daripada NormalWetGravel, dan Mud yang dihasilkan oleh sistem Active Yaw Control (AYC) yang akan melaraskan daya kilas antara roda kiri dan kanan di hadapan.

Dari aspek keselamatan, Xforce dilengkapi dengan enam-beg udara serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCM)
  • Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB)
  • Notifikasi Pegerakan Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Amaran Titik Buta dengan fungsi Bantuan Tukar Lorong (BSW/LCA)
  • Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA)

Xforce ditawarkan dengan enam pilihan warna yang ranggi iaitu Jet Black MecaQuartz White PearlGraphite Gray MetallicBlade Silver MetallicEnergetic Yellow Metallic dan Red Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit paultan.org Automotive/Car Discussion Group

Ffoto rasmi Mitsubishi Xforce

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply