ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Perodua Ativa (D55L) dah mula dihantar ke bilik pameran?

Foto Intip

Views

Beberapa foto intip yang dikatakan unit pameran dan pandu uji Perodua Ativa (D55L) mula bergerak keluar dari kilang di Rawang sejak malam tadi. Kelibat beberapa model SUV bersaiz kompak itu kelihatan sedang diangkut atas treler dan dilitupi dengan kanvas hitam bagi mengelakkannya dikesan oleh orang awam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Namun warganet bernama Fatoni Marzuki dan Azlan Mahmud agak bertuah kerana telah terserempak dengan treler pengangkut berkenaan dan sempat merakamkan foto dan dikongsikan ke laman Perodua ATIVA Community Club Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurut Azlan Mahmud, salah satu treler pengangkut itu telah berjaya dikesannya sekitar Damansara di Lebuhraya NKVE menghala ke Lebuhraya ELITE. Tidak dipastikan ke mana hala tujunya, namun kami berpendapat treler sedang mula menghantar Ativa (D55L) ke bilik pameran, mungkin ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kami meramalkan akan ada lebih banyak pembongkaran lagi dalam masa terdekat. Menurut ejen perisik Mat Bond, deretan Ativa (D55L) sedang disusun di dalam kawasan simpanan kereta di kilangnya di Rawang dan katanya, ia boleh dilihat dari jalan raya. Kalau ada yang rajin nak mengintip, silakan lah ye.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply