ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Foto Tiris

Views

Nampak gayanya dipermulaan tahun 2021 menyaksikan ‘ketirisan’ salah satu model edisi khas yang bakal diperkenalkan oleh Proton tidak lama lagi. Selepas foto ruang kabin Saga R3 Limited Edition dibocorkan oleh rakan kami di Careta.my baru-baru ini, kini giliran WapCar.my pula membocorkan foto Iriz R3 Limited Edition.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan sulaman logo R3 Limited Edition pada sarung tempat duduk model tersebut yang mengesahkan kewujudannya dalam artikel terdahulu. Sebenarnya, ini bukan kali pertama kelibat Iriz R3 Limited Edition berjaya dibocorkan kerana kami pernah menyiarkannya dalam artikel sebelum ini.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Seperti yang pernah kami war-warkan, selain model-model R3 Limited Edition, Persona dan Exora ‘Black Edition‘ serta edisi khas X70 berwarna hitam dijangka akan turut berada dalam senarai model baharu Proton tahun ini.

Jika diamati pada foto yang tertiris, Iriz R3 Limited Edition masih lagi menggunakan model semasa yang memakai seragam hitam, sama seperti Saga Anniversary Edition dengan calitan kuning pada beberapa bahagian seperti di jeriji depan yang berbentuk busur (Ethereal Bow) dan cermin sisi.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Sekilas pandang model ini mirip salah satu watak dalam permainan video ‘Angry Birds‘ dan rakan kami  Theophilus Chin juga pernah membuat gambaran model tersebut secara digital yang hampir sama dengan versi sebenar.

Setakat ini kami masih belum menerima apa-apa maklumat terkini mengenai tarikh pengenalan model-model R3 Limited Edition ini dan kami akan cuba menghantar ejen Mat Bond untuk ‘mengorek sedikit info’ dalam masa terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

Gambaran digital Iriz SE dari Theophilus Chin 

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?P

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply