ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi pusat 4S yang dinaik taraf di Sungai Petani

Views

Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd telah beroperasi sebagai cawangan pengedar 4S Proton yang diiktiraf sejak 2005. Cawangan yang terletak di No 1, Jalan Batu Lintang off Lencongan Barat, 08000 Sungai Petani, Kedah ini berada dalam kawasan komersil yang padat telah dinaiktaraf dengan kos pengubahsuaian dianggarkan bernilai RM1 juta. Dengan keluasan 2,869 meter persegi cawangan yang dinaiktaraf ini dijangka memberikan pelanggan pengalaman baharu dengan persekitaran yang kondusif, santai dan selesa.

Majlis perasmiannya telah dihadiri oleh Encik Tony Thinagharan, Pemangku Pengarah, Perancangan & Pembangunan Rangkaian Proton. Cawangan ini mempunyai ruang letak kereta yang luas, dengan 80 petak tempat letak kereta untuk para pelanggan, ruang pameran yang mampu memuatkan 10 unit kereta dan ruang dalamannya kini lebih ceria dengan hiasan grafik yang pada dinding.

Dengan menaiktaraf cawangan ini, ia dijangka akan meningkatkan jumlah jualan sebanyak 70 peratus, dan jumlah servis sebanyak
50 peratus. Pusat ini akan dikendalikan oleh kakitangan yang dilatih untuk memenuhi keperluan pelanggan. Selain itu, cawangan ini turut menawarkan perkhidmatan mencuci kereta dan mengambil kereta secara percuma dari rumah/pejabat pelanggan di dalam jarak lingkungan 5km.

Menurut Encik Allan Wong Keng Seng, Pengarah Urusan Mercu Usaha Mesra Corporation Sdn Bhd, pelaburan untuk menaiktaraf yang dilakukan adalah berbaloi, kerana pada masa kini, permintaan pelanggan untuk membeli sesebuah produk telah berubah. Selain daripada mempunyai produk yang baik dan relevan, perniagaan yang dijalankan pada masa kini adalah mengenai menyediakan perkhidmatan yang baik, beretika dalam berurusan dengan pelanggan, mempunyai sistem dan proses yang baik dari jualan hingga ke servis.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Antara kemudahan yang disediakan di cawangan ini termasuklah ruangan minuman, Wi-Fi percuma, 6 ruang pengecasan komputer riba, ruangan kanak-kanak, perkhidmatan pemasangan filem penapis haba (tinted) kereta untuk pelanggan sedia ada dan baharu, 14 petak penyelenggaraan dan 11 servis pengangkat. Seramai 21 orang kakitangan jualan dan 50 orang kakitangan servis yang terlatih akan mengendalikan pusat ini.

Waktu Operasi:

Jualan:
Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 7.00 malam
Ahad & Cuti Umum : 9.30 pagi – 6.00 petang

Servis:
Isnin – Sabtu : 8 pagi – 5.00 petang

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan ini hubungi talian 04-4319828 (Jualan) & 04-4319829 (Servis) atau hantarkan e-mel kepada [email protected].

Sehingga 17 September 2018, sebanyak 100 cawangan telah diluluskan untuk dinaiktaraf kepada status 3S/4S, anggaran pencapaian sebanyak 92 peratus daripada sasaran sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini. Proton mencapai jualan sebanyak 9,501 unit kereta untuk bulan Ogos sekaligus menjadikannya jualan tertinggi dalam tempoh 36 bulan, dan pegangan pasaran dijangkakan sebanyak 15.4 peratus pada bulan tersebut.

Sepanjang bulan September ini, Proton akan menyerap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk semua modelnya. Diskaun antara RM500 – RM1,000 akan ditawarkan untuk Saga, Iriz dan Persona. Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sebanyak RM2,000 untuk Proton Ertiga Xtra yang baharu dilancarkan, yang dilengkapi tempat duduk baharu yang lebih gelap dan unit utama berskrin sentuh. SUV pertama Proton, X70 kini dibuka untuk tempahan di semua cawangan yang diiktiraf dengan deposit tempahan sebanyak RM1,000 sahaja.

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply