ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi dinobat kereta Aras Mula terbaik di Anugerah Malaysia Car of the Year 2018

Views

Perodua mencatatkan satu lagi kejayaan membanggakan dengan model terlarisnya ketika ini, Myvi telah diumumkan sebagai pemenang dalam segmen Aras Mula (Entry-Level) di majlis Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018 baru-baru ini. Anugerah yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) turut dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh yang menerima anugerah tersebut bagi pihak Perodua berkata, sejak dilancarkan pada November 2017, hampir 85,000 unit Perodua Myvi generasi ketiga telah dijual di Malaysia, dan menerima 138,000 tempahan setakat ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 dan Persona facelift merewang di Kuala Lumpur

Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap Myvi dan akan mengambil ini sebagai motivasi untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.Populariti Myvi dapat dilihat semasa di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), di mana Myvi GT, kereta rekaan yang sporty, telah berjaya menarik perhatian ramai.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Datuk Dr Zahari Husin berkata reaksi positif yang ditunjukkan oleh pengunjung terhadap Myvi GT menjadi satu kejutan buat Perodua. Jika anda terlepas peluang untuk melihatnya di KLIMS18, ia bakal membuat kemunculan semula di pameran International Automodified Kuala Lumpur (IAMKL) yang julung kali berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula hari ini 8hb hingga 9hb Disember.

Anugerah tahun lalu menyaksikan kemenangan Perodua Bezza dan Perodua Myvi masing-masing di bawah kategori Bawah-RM50,000 dan RM50,001-RM60,000 manakala Datuk Dr Zahari Husin pula telah dinobatkan sebagai Automotive Man of theYear. Di Anugerah MCOTY 2016, Perodua Bezza memenangi kategori Aras Mula (Entry-Level), Pilihan Ramai (People’s Choice) dan Reka Bentuk Paling Signifikan (Most Significant Design Achievement).

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply