ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Prototaip awal Proton X70 dengan jeriji Boyue dikesan

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto intipan terbaharu Proton X70 yang masih memakai celoreng penyamaran yang telah berjaya dikesan oleh Amir Zaheen Minhaj di lebuh raya PLUS, sekitar Ayer Keroh. Apa yang menariknya unit prototaip X70 yang diuji ini menggunakan jeriji Geely Boyue, namun ia telah diubah kepada pemanduan sebelah kanan.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Kami syak unit ujian ini adalah model prototaip awal pemanduan sebelah kanan Geely Boyue yang digunakan untuk menguji sistem ADAS dan lain-lain. Proton baru-baru ini telah membuat sesi pratonton ketiga Proton X70 di Pulau Pinang setelah berlangsungnya dua lagi sesi di Lembah Klang untuk pihak media dan tetamu jemputan khas sebelum ini yang terdiri daripada penempah awal model tersebut. SUV pertama Proton ini dijangka bakal dirasmikan pada bulan November nanti.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply