ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua berusaha kurangkan tempoh menunggu model Myvi

Views

Dengan sekitar 22,000 unit Perodua Myvi baharu yang masih lagi belum diserahkan setakat akhir bulan September, Perodua kini menumpukan usaha mengurangkan tempoh menunggu para pelanggannya kepada jangka masa yang lebih wajar. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, mereka masih belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh, namun pengeluarannya telah disambung semula dan seterusnya proses penghantaran akan bermula tidak lama lagi.

Di sebalik isu yang tidak diingini ini, Perodua amat bersyukur kerana rakyat Malaysia masih terus menyokong jenama ini dan syarikat ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas kerana terpaksa menunggu. Antara bulan Januari dan September tahun ini, Perodua telah menjual 168,200 kenderaan – kenaikan 11 peratus ke atas 151,600 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Kenaikan jualan ini boleh dikaitkan dengan sambutan positif untuk Myvi yang baharu serta model-model Perodua yang lain – Axia, Bezza dan Alza – yang masing-masing terjual sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit pada tahun ini setakat ini. Bagaimanapun, Perodua hanya menjual kira-kira 9,500 buah kenderaan keseluruhannya pada bulan September lalu berikutan pengeluaran Myvi yang terpaksa dihentikan bermula daripada bulan Ogos disebabkan isu teknikal di salah satu vendornya.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply