ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta nasional baharu Malaysia bakal dilancarkan pada 2020 – MIGHT dilantik sebagai penyelaras projek

Views

Akhirnya desas-desus mengenai projek kereta nasional ketiga telah terjawab hari ini. Dalam satu sidang media pagi tadi, Kumpulan Kerajaan-Industri Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) telah mengumumkan badan tersebut telah diberikan mandat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyelaras untuk pelbagai kementerian, agensi, industri dan para akademik bagi menjayakan projek kereta nasional baharu. Majlis sidang media tadi telah dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusof Sulaiman.

Keputusan untuk melaksanakan projek kereta nasional baharu ini dibuat dijangka akan mengubah landskap industri pembuatan negara dan memperkasakan lagi keupayaan kejuruteraan Malaysia supaya lebih berdaya saing di peringkat global. Dikatakan prototaip awal kereta nasional baharu ini akan mula diuji seawal tahun hadapan, dan ia akan mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2020.

Projek kereta nasional baharu dikatakan mempunyai pendekatan yang agak berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada seperti Proton dan Perodua kerana ia bakal menggabungkan beberapa buah syarikat teknologi dan pembekal-pembekal tempatan bagi menghasilkan sebuah kenderaan. Ia juga akan menumpukan kepada kenderaan masa hadapan seperti pemanduan berautonomi namun masih belum memuktamadkan jenis penjana kuasa untuk kenderaan tersebut, sama ada munggunakan enjin pembakaran dalaman ataupun kenderaan elektrik atau hibrid.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Kos pembangunan model kereta nasional baharu ini dikatakan lebih rendah kerana ia akan ditanggung bersama oleh pihak swasta yang mengambil bahagian. Pengeluaran kereta ini juga akan dibuat di dalam negara dan buat masa ini MIGHT masih lagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang akan berkolaborasi dalam projek ini.

Apa pendapat anda mengenai perkembangan terbaharu ini? Hanya tinggal dua tahun lagi untuk kita melihat kelahiran kereta nasional baharu Malaysia meluncur di jalan raya. Walaupun agak singkat jika diambil kira dengan standard industri, namun ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana VinFast telah berjaya mengurangkan masa pembangunan reka bentuk kereta kurang dari 11 bulan. Mungkin buat permulaan kereta nasional baharu ini akan dibangunkan dari pelantar dan menggunakan penjana kuasa sedia ada dari pengeluar lain bagi mempercepatkan tempoh pembangunannya.

Nantikan!

Sumber rujukan : Careta.my

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply