ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ujian kemalangan fasa kedua ASEAN NCAP lantik JARI sebagai makmal ujian

Views

logo asean ncap

Ujian kemalangan fasa kedua ASEAN NCAP sedang dijalankan dan dijangka siap pada bulan Julai 2013. Seperti yang diumumkan semasa Hari Terbuka ASEAN NCAP  pada Januari tahun ini semasa  keputusan fasa pertama dikeluarkan. Fasa kedua akan melibatkan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV).

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal (TC) ASEAN NCAP, Encik Khairil Anwar Abu Kassim berkata, “Dalam fasa kedua ini, kita akan mempunyai MPV atau SUV, selain kereta penumpang. Ini bertujuan untuk menguji segmen kenderaan yang berbeza dan pengeluar yang tidak terlibat dalam fasa pertama. ”

Beliau yang juga Pengurus Pembangunan NCAP MIROS menambah bahawa Jawatankuasa Pemandu ASEAN NCAP telah bersetuju dengan pelantikan Institut Penyelidikan Automobil Jepun(JARI) sebagai ujian makmal rasmi baru dan bakal menjadi makmal ujian pertama di luar rantau ASEAN.

Walau bagaimanapun, JARI yang terletak di Tsukuba, Tokyo hanya akan menjalankan ujian kemalangan bagi unit (CBU) yang disasarkan untuk pasaran ASEAN. Beliau juga menegaskan bahawa dalam setiap ujian di JARI, tiga hingga empat wakil ASEAN NCAP serta makmal kemalangan MIROS PC3 akan hadir untuk menyaksikan dan mengesahkan data.

“Ini adalah kesinambungan kerjasama antara JARI dan MIROS, sejak hari pertama kami mula membina pasukan dan kemudahan beberapa tahun yang lalu dan kita juga akan mengambil peluang ini sebagai pembelajaran dan perkongsian platform. JARI telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu dan keupayaan mereka memang tidak boleh disangkal lagi selain berpengalaman luas.” kata Khairil Anwar.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply