Pengedar motosikal jenama WMoto, Mforce semalam telah melancarkan model moped terbaharu WMoto F15 2022 untuk pasaran Malaysia.
Pencabar kepada Honda RS-X 150 dan Yamaha Y15ZR ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Blue, Green dan Turqoise.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Model ini dijual pada harga yang sangat mampu milik RM5,999. WMoto F15 dijana oleh enjin silinder tunggal 149.2 cc sejukan udara yang menghasilkan 10.5 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan 11 Nm daya kilas pada 5,500 rpm.
Enjin ini digandingkan bersama dengan transmisi lima-kelajuan. Moped ini menggunakan sistem penghidup jenis tendang dan elektrik, manakala kapasiti penuh tangki bahan apinya 5.5 liter.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
WMoto F15 dilengkapi sistem suspensi jenis fork teleskopik pada bahagian depan, manakala di bahagian belakang pula menggunakan jenis penyerap hentak tunggal (monoshock). Ia turut dilengkapi dengan brek cakera depan 290 mm dan brek cakera belakang 190 mm.
Dari segi reka bentuk, ia menampilkan gaya yang sporty dengan lampu utama jenis LED, lampu siang LED (DRL), lampu belakang LED, paparan meter kombinasi analog dan digital serta slot USB untuk mengecas peranti pintar,
Setiap pembelian WMoto F15 akan didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI