Sekali lagi unit ujian Proton X50 facelift (RC/MC) telah berjaya dikesan oleh orang awam. Kali ini foto intipan tersebut berjaya dirakam oleh Noor Syazwan Sajali yang merupakan pembaca portal rakan media kami di Paultan.org.
Kelihatan unit pemanduan sebelah kiri (LHD) yang masih menggunakan model asal Geely Binyue Cool itu sedang berlegar di bandar raya Kuala Lumpur, berkemungkinan sekitar kawasan Medan Pasar.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Apa yang menarik foto intipan ini sangat jelas dan menampakkan unit ujian tersebut dari pelbagai penjuru, termasuk imbasan bahagian papan pemuka rekaan serba baharu dengan panel meter digital dan unit inforia yang bersambung.
Kita juga boleh melihat rona kemasan dalaman unit ujian ini yang sudah siap sedia menggunakan warna hitam dengan kemasan perak kusam pada beberapa bahagian.
Di bahagian luar, wajah baharunya yang masih lagi versi asal Binyue Cool dapat dilihat dengan rekaan lampu hadapan jenis LED yang lebih nipis, jeriji dan bampar rekaan baharu termasuk lampu siang LED yang disusun secara menegak.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Dari arah belakang lebih banyak pelekat hitam ditampal bagi menyembunyikan lampu rekaan baharu yang bersambung antara satu sama lain dengan jejalur LED, bampar baharu, sepasang corong ekzos berkembar pada bahagian diffuser dan spoiler bumbung yang lebih sporty.
Kami difahamkan pada perancangan awal, model ini dijangka menyusul selepas pelancaran S70 (SS11) pada akhir bulan ini dan X70 MC2 sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya pada awal 2024.
Namun ada desas-desus mengatakan model X50 facelift ini hanya akan diperkenalkan pada tahun 2025. Mungkin juga Proton ‘mengubah fikiran’ dan mempercepatkan model tersebut memandangkan ‘seteru terkuat’nya, Perodua D66B akan dilancarkan pada Julai tahun hadapan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Paultan.org
Geely Binyue Cool
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI