ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Versi produksi Volkswagen ID.Buzz dikesan buat kali pertama

Foto Intip

Views

Volkswagen telah beberapa kali menguji unit ujian olok-olok van elektrik ID.Buzz sejak beberapa bulan lalu. Baru-baru ini, dua imej yang memaparkan ID.Buzz dalam rupa produksi sebenar telah dikesan buat pertama kali dan dimuat naik ke laman permotoran Carscoops.com.

Ia menampilkan sebahagian daripada unsur rekaan pada model konsep yang diperkenalkan beberapa tahun lalu dan turut mempunyai beberapa elemen unik.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Wajah prototaip ini mempunyai lampu depan yang mirip dengan model ID lain, dan dalam masa yang sama Volkswagen cuba untuk menyembunyikan rupa sebenar lampu tersebut dengan menampal pelekat penyamaran.

Sungguh pun begitu, kita masih dapat melihat lampu sian LED berbentuk-U dan kenderaan elektrik ini mempunyai jejalur krom yang bersambung antara lampu depan dan jeriji berwarna hitam. Di bahagian bawah, kita dapat melihat bampar dengan lampu kabus berbentuk bulat dan jejaring hitam.

Jika diperhatikan pada bentuk keseluruhan prototaip ini, ia kelihatan seperti varian van komersil. Di belakang, ia ternyata berbeza dengan versi konsep dan lampu belakangnya masih lagi diselindungi dengan pelekat penyamaran.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Model ini dijangka mempunyai jarak perjalanan sekitar 550 km mengikut kitaran ujian Eropah dan awakan ditawarkan dengan pilihan pek bateri dengan kapasiti 48 kWh dan 111 kWh.

Foto intip sebelum ini telah memperlihatkan ruang dalamannya yang berkongsi komponen dengan model ID.3 dan ID.4, termasuklah panel instrumen digital dan sistem infohiburan dengan skrin sesentuh yang besar.

Versi pengeluaran ID Buzz akan tiba dahulu ke pasaran Eropah dalam versi penumpang dan komersial dengan pilihan jarak gandar pendek dan panjang, bermula tahun depan (2022). Pasaran lain menyusul kemudian, termasuklah di Amerika Utara yang akan hanya ditawarkan dalam versi penumpang sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carscoops.com

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply