ARKIB

KATEGORI

Buletin

Disyaki positif COVID-19, lelaki gantung diri di jejantas

Tular

Views

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, pagi tadi. Menurut Utusan Online, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan pada pukul 9.50 pagi.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jurucakap JBPM Selangor berkata, sebanyak 10 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengangkat mangsa. Katanya, pasukan yang diketuai PBK II Amirullah Jamaludin itu tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.54 pagi.

Jelasnya, semasa tiba di lokasi, seorang lelaki ditemui tergantung, dipercayai membunuh diri. Kerja-kerja menurunkan mayat dijalankan dan diserahkan pada pihak polis.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti COVID-19.

Dia mengatakan tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas. Mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply