ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu D-Max Low Ride 4x diperkenalkan – Enjin 1.9 liter Blue Power, harga dari RM92,199

Berita Tempatan

Views

Jenama kenderaan komersial No.1 di Malaysia, Isuzu memperkenalkan varian Isuzu D-Max Double Cab 1.9-liter 4×2 Manual Low Ride terbaharu, yang memberi tumpuan kepada operasi perniagaan dalam bandar.

Harga atas jalan tidak termasuk insurans untuk varian ini adalah RM 92,199.20. Isuzu D-Max Low Ride 4×2 baharu ini menampilkan fungsi dan kecekapan sebagai keutamaannya, sekaligus menjadi sebuah trak pikap mampu milik dalam pasaran pada ketika ini.

Tarikan utamanya ialah ruang muatan barangan di kedudukan lebih rendah dengan jarak 78 cm dari tanah,  5 peratus lebih rendah berbanding model High Ride biasa dengan muatan beban.

Selain urusan mengangkat dan pemunggahan barangan yang lebih senang, capaian di bahagian bukaan ruangnya juga lebih baik, memudahkan petugas untuk mengambil barang dari ruang kargo yang luas dan mampu menampung beban seberat 930 kg.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, ciri-ciri asas dan fungsi yang ringkas varian baharu ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kos operasi yang rendah disamping memberikan produktiviti tinggi.

Dari segi penggayaan, ia tampil dengan bampar depan dengan kemasan warna badan Splash White, lampu kabus yang merangkap lampu siang (DRL), dan lampu hadapan jenis halogen lengkap dengan fungsi Follow-Me-Home.

Varian ini dilengkapi rim aloi bersaiz 16-inci dengan saiz tayar 215/70 R16, cermin sisi larasan kuasa, tingkap kawalan elektrik, dan sistem kunci berpusat yang diaktifkan melalui kelajuan pergerakan, dengan butang override.

Ruang kabinnya didatangkan dengan kemasan tempat duduk balutan fabrik, sterengnya boleh dilaraskan, panel instrumen serta skrin multi-info bersaiz 3.5-inci.

Ia turut dilengkapi dengan pemain audio DIN tunggal dengan sambungan USB, dan soket 12-volt yang tersedia di bahagian hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Dari segi kuasa, trak pikap ini dikuasakan oleh enjin 1.9 liter RZ4E-TC yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm daya kilas dari 1,800 rpm hingga 2,600 rpm.

Ketahanan dan penjimatan bahan api enjin ini telah terbukti dalam cabaran Dura Miles dan ia mampu mengharungi perjalanan sejauh 2,004 km dengan hanya satu tangki bahan api sahaja.

Enjin ini digandingkan bersama kotak gear manual enam-kelajuan. Paparan kedudukan gear di panel instrumen juga membantu pemandu memerhati penukaran gear bagi memastikan prestasi maksimum serta kecekapan dapat dicapai sentiasa.

Aspek keselamatannya terdiri daripada ciri keselamatan aktif dan pasif yang melayakkannya untuk menerima penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP.

Selain itu, trak pikap ini juga menampilkan ciri-ciri keselamatan seperti sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem kawalan cengkaman (TCS), bantuan mula mendaki (HSA) serta kawalan kecerunan (HDC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply