ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta nasional ketiga lebih relevan sekiranya menghasilkan kereta elektrik

Berita Tempatan

Views

Semalam Berita Harian melaporkan veteran teknologi tempatan yang juga merupakan Rakan Perunding BusinessWise Consulting Sdn Bhd, Datuk Yoon Chon Leong berkata terdapat logik untuk membangunkan kereta nasional ketiga jika ia membabitkan pembangunan kereta elektrik sepenuhnya.

Beliau berkata, pembangunan kereta elektrik akan memacu pertumbuhan sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara, selain menyediakan pasaran kepada pengeluar komponen E&E automotif tempatan untuk terus berkembang.

Tambah beliau, lebih banyak komponen elektronik kini digunakan dalam pembangunan kereta, sekali gus menjadikan kereta itu sendiri adalah peranti elektronik. Jika kita hendak bangunkan kereta nasional, adalah lebih baik untuk memikirkan mengenai model yang akan dibangunkan sama ada ia elektrik sepenuhnya, kenderaan pandu sendiri atau berapa banyak komponen elektronik digunakan untuk membangunkan kenderaan moden.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan mengenai sektor E&E pada Seminar “Ekonomi Lama dan Baharu – Cabaran dan Memposisi Semula Sektor Perladangan dan E&E” anjuran Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama AmInvestment Bank.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

Mengulas mengenai kesediaan peserta E&E tempatan bagi mengeluarkan kereta elektrik, beliau berkata, pengeluar komponen E&E tempatan sebenarnya berkemampuan untuk berbuat demikian. Beliau yang pernah berkhidmat Agilent Malaysia berkata, syarikat E&E tempatan juga mampu memenuhi keperluan automotif pada harga yang kompetitif memandangkan mereka sudah membekalkan komponen tersebut kepada pengeluar kereta terkemuka di seluruh dunia.

Beliau turut mengulas mengulas mengenai pelaksanaan teknologi generasi kelima (5G) di negara ini dan berkata, sebagai veteran dalam teknologi, beliau menyokong penggunaan 5G memandangkan rangkaian komunikasi akan bersepadu pada masa depan.

Beliau berkata, jika tidak melaksanakannya, negara akan ketinggalan jauh dalam teknologi. Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu secara berhati-hati sama ada ia mendatangkan kebaikan atau keburukan kerana terdapat dakwaan aktiviti pengintipan siber dilakukan Huawei.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply