ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jemaah Menteri luluskan surcaj musim perayaan, tambang bas ekspres ekonomi naik 10 peratus – APAD

Berita Tempatan

Views

Kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini, menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jemaah Menteri meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 sekilometer, berbanding kadar tambang biasa RM0.093 sekilometer.

Menurut agensi itu, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) juga telah dibuka bagi perkhidmatan bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini.

Permohonan Lesen Perubahan Sementara itu terbuka kepada semua pengendali bas yang layak bermula 11 Mac hingga 2 April ini, manakala tempoh sah laku lesen bagi semua permohonan yang diluluskan adalah dari 4 hingga 17 April.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Langkah berkenaan diambil bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan..

Memperinci syarat permohonan, menurut APAD pengendali yang memohon Lesen Perubahan Sementara perlu mematuhi ketetapan syarat-syarat pengendali bas ekspres ditetapkan agensi itu seperti mematuhi polisi dan spesifikasi kelas lesen bas ekspres.

Selain itu, bas ekspres hendaklah dilengkapi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dengan had usia tidak melebihi 10 tahun, menurut kenyataan itu.

Menurut APAD, permohonan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomi sahaja. Bagi bas ekspres dan bas persiaran yang melebihi had usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan Laporan Puspakom VR1 Khas (Kod 9009) dibenarkan untuk memohon.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Permohonan boleh dikemuka di semua pejabat wilayah dan kaunter APAD di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

APAD turut menyeru pengendali agar sentiasa memberikan perkhidmatan berkualiti, menepati jadual tambang dan jadual perjalanan, menjamin keselamatan pengguna dan memastikan pemandu bas mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan.

Ditegaskan bahawa sebarang perlanggaran syarat lesen yang telah ditetapkan boleh menyebabkan pengendali dikenakan tindakan berdasarkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

APAD memohon kerjasama semua pihak dalam usaha memperkasa perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit M Hafiz Loncan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply