ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jenama motosikal tempatan terbaharu MODA mula siar video acah model skuter, bakal dilancarkan 4 Januari 2025

Berita Tempatan

Views
MODA | Be Part of The Revolution.

Akaun Facebook rasmi MODA sejak semalam telah mula menyiarkan video acah sebuah model skuter, yang bakal dilancarkan pada 4 Januari 2025.

Difahamkan MODA adalah jenama motosikal tempatan terbaharu yang mengkhususkan kepada pembuatan skuter secara pemasangan tempatan (CKD), diterajui oleh En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif KMSB Motors Sdn. Bhd. (KMSB), yang turut memiliki sebuah lagi jenama motosikal tempatan, iaitu AFAZ.

Jenama AFAZ menumpukan kepada pengeluaran motosikal jenis kapchai dan moped rekaan anak tempatan yang menggunakan beberapa komponen penting dari Suzuki seperti kerangka dan juga enjin.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Buat masa ini tidak diketahui skuter dari jenama manakah yang akan dipasang secara CKD dan menggunakan lencana MODA. Ia mungkin diketahui semasa hari pelancarannya nanti.

Namun, imbasan model skuter pertama skuter MODA memperlihatkan sedikit rekaannya. Video itu juga memaparkan skuter tersebut dijana enjin Euro 4 dan dilengkapi kelompok instrumen digital, sistem brek anti kunci (ABS) dan sistem kawalan cengkaman (TCS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply