JETOUR Auto Malaysia mengumumkan ketibaan penghantaran pertama model yang dinanti-nantikan, JETOUR Dashing, ke Malaysia.
Pencapaian ini menandakan kemasukan rasmi model SUV tersebut ke pasaran automotif tempatan, dengan kenderaan sedia untuk dihantar kepada pelanggan selepas acara pelancaran tidak lama lagi.
Penghantaran yang tiba di Pelabuhan Klang baru-baru ini memenuhi permintaan tinggi daripada pengguna Malaysia yang telah membuat pra-tempahan sejak Mei 2024, membuktikan sambutan hangat terhadap model ini.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Fu Yong berkata, ini adalah detik bersejarah untuk JETOUR dan para pemandu di Malaysia.
Tambahnya, ketibaan JETOUR Dashing mencerminkan komitmen pihaknya terhadap pasaran Malaysia dan respon terhadap minat luar biasa daripada pelanggan.
Penghantaran kepada pelanggan yang telah membuat pra-tempahan akan bermula sejurus selepas pelancaran rasmi pada 9 April nanti.
JETOUR komited untuk memastikan semua pelanggan menerima kenderaan mereka mengikut jadual yang ditetapkan.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JETOUR merancang untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi JETOUR Dashing di Malaysia, dengan produksi dijangka bermula pada akhir Mei 2025.
Langkah strategik ini menegaskan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran Malaysia serta meningkatkan keupayaan memenuhi permintaan pengguna.
JETOUR telah menubuhkan lebih 20 pusat servis di seluruh Malaysia, dengan rancangan untuk membuka lebih 10 pusat 4S dan 3S baharu sepanjang tahun ini.
JETOUR Dashing akan tersedia di semua bilik pameran sah JETOUR di seluruh negara bermula April 2025.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI