ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jetour Malaysia bakal berkembang ke seluruh negara, lancar Jetour Dashing pada Q1 2025

Berita Tempatan

Views

Jetour Malaysia mengumumkan perancangan pengembangan besar-besaran bagi tahun 2025 dengan membuka lebih daripada 20 rangkaian pengedarnya di seluruh negara.

Langkah strategik ini merangkumi pembukaan lebih 10 pusat 4S dan 3S baharu yang dijadualkan beroperasi menjelang suku pertama tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada pelan ini, Jetour akan memperluaskan rangkaian perkhidmatan mereka di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, termasuk di Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.

Lebih menarik lagi, Jetour telah memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi di Malaysia, menjamin pengalaman selepas jualan yang lancar dan boleh dipercayai untuk pelanggan tempatan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Menurut Naib Presiden Jetour International, Kevin Xu, 2025 merupakan tahun penting bagi Jetour Malaysia sambil pihaknya memulakan perjalanan baharu di Malaysia.

Dengan rangkaian saluran perkhidmatan yang berkembang dan sokongan infrastruktur yang komprehensif, pihaknya komited untuk memastikan kebolehcapaian dan kebolehpercayaan yang terbaik untuk pelanggan.

Pada suku pertama (Q1) 2025, Jetour Malaysia akan melancarkan SUV pertamanya, iaitu Jetour Dashing, yang dilengkapi teknologi Vanguard termaju.

Operasi pemasangan tempatan (CKD) model ini juga akan bermula dalam beberapa bulan yang akan datang. Jenama tersebut juga merancang untuk memperkenalkan SUV serbaguna dengan reka bentuk yang luas dalam tahun ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Pilihan terbaharu ini menawarkan pengalaman pemanduan yang terhebat dengan ciri premium dan ruang dalaman yang luas, khas untuk gaya hidup penjelajah dan pengembara moden.

Ditubuhkan pada 2018, Jetour Dashing ialah jenama SUV premium yang dipacu oleh konsep inovatif ‘Travel+‘ dengan tumpuan kepada produk berasaskan senario dan pelantar.

Jenama ini terus menerajui trend pasaran global dengan komitmennya terhadap pembangunan SUV hibrid, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam landskap automotif Malaysia.

Tambah Kevin, Jetour Malaysia bersedia untuk menawarkan pengalaman pengembaraan tanpa kompromi kepada pemandu Malaysia menerusi rangkaian yang semakin berkembang dan barisan produk yang inovatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply