ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Jika kadar kemalangan tidak turun dalam tempoh 5 tahun, ia bermakna saya gagal’ – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Dalam temubual eksklusif bersama Astro Awani, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanyalah untuk mendidik dan bukan untuk menjana keuntungan kepada kerajaan.

Penguatkuasaan tegas adalah untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum sesuka hati. Katanya lagi, kerajaan mulakan dengan satu bab penguatkusaan tegas, bukan untuk mengutip hasil atau perangkap pemandu, sebaliknya untuk mendidik pemandu supaya memandu tidak melebihi had laju.

Ia bukan soal membuat ‘pusingan-u’ dalam hal ini. Sekiranya semua AES batalkan, ini bermaksud tiada penguatkuasaan yang efektif di lebuh raya. Sudah tentu banyak kemalangan akan berlaku jika tiada kamera, di mana pemandu akan memecut dan sebagainya.

Tambah Anthony lagi, yang ditentang olehnya dahulu kerana AES itu diswastakan, di mana setiap saman akan dibayar kepada syarikat swasta. Ujarnya, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa inisiatif dalam mengurangkan beban pesalah jalan raya, antaranya membatalkan empat juta saman AES berjumlah RM600 juta.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

Selepas memulakan penguatkuasaan yang lebih tegas pada September (2018), Kementerian mendapati jumlah saman telah menurun. Ini bermaksud pengguna jalan raya bimbang disaman dan timbul kesedaran sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut.

Anthony berkata, beliau mengambil serius mandat yang diberikan kepadanya sebagai Menteri Pengangkutan. Jika kadar kemalangan jalan raya tidak turun dalam masa lima tahun, tidak ada peningkatan keselamatan jalan raya, maka beliau bertanggungjawab berdepan dengan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Anthony berkata, purata kehilangan jiwa ekoran kemalangan jalan raya setiap hari di negara ini juga perlu diturunkan. Statistik yang ditunjukkan kepadanya, iaitu purata 19 rakyat Malaysia meninggal dunia di jalan raya setiap hari. Itu satu angka yang cukup menakutkan dan beliau tidak sanggup melihat angka ini meningkat.

Pengumuman bagi penambahan AES sebelum ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan juga pemimpin politik. Antaranya, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar yang tidak bersetuju dengan cadangan penambahan AES itu.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara>

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply