ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jika Perodua Aruz ada versi pikap, mungkin inilah rupanya

Views

Lama dah kami tak kongsikan hasil karya pakar manipulasi foto Chin Swee Hoe atau lebih dikenali dengan nama Theophilus Chin kan? Kali ini kami mendapat kebenaran daripada beliau untuk kongsikan dua foto karya terbaharunya, Perodua Aruz versi pikap. Sekilas pandang ia seolah-olah wujud dan nampak seakan model trak pikap konsep Hyundai Santa Cruz.

Tak sangka SUV tujuh tempat duduk boleh diubah menjadi pikap tanpa perlu membuat perubahan kosmetik yang besar. Tambahan pula pelantar asas model ini memang menggunakan bingkai tangga (ladder frame), memang sesuai sangat nak buat tugas yang agak lasak berbanding kenderaan yang menggunakan casis monocoque.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Sememangnya reka bentuk Aruz yang digabungkan dari garisan geometrik dan organik sangat sesuai untuk diubah kepada bentuk trak pikap dwi-kab yang cukup segak dan bergaya. Rekaan muncung hadapan yang sporty dan bahagian sisi yang berotot menjadikan Aruz ada versi pikap in nampak sasa dan tegap.

Dari belakang, Aruz pikap ini nampak agak lebar kerana kedudukan lampu yang melintang berjaya menyorokkan saiznya yang sebenar. Mungkin Perodua boleh pertimbangkan idea dari Theo ni kan pada masa akan datang. Siapa setuju tekan ‘like’!

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply