ARKIB

KATEGORI

Buletin

JKR Hulu Langat laksana projek perintis cat garisan jalan ‘glow in the dark’, pertama di Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook rasminya memaklumkan malam tadi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah ‘turun padang’ bagi meninjau lokasi cat jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) yang pertama di Malaysia, di persimpangan Jalan Sungai Lalang (B19) dan Jalan Sungai Tekali (B16).

Projek perintis ini dilaksanakan sepanjang 245 meter dengan panjang cat jalan 490 meter oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat. Ianya didapati sesuai untuk kawasan laluan gelap yang tiada lampu jalan dan salah satu alternatif kepada penggunaan ‘mata kucing‘ (road stud).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, inovasi cat jalan bercahaya dalam gelap ini dapat memberikan pemanduan yang lebih selamat di jalan raya pada waktu malam, dan mengekalkan ciri pemantulan cahaya kuning dengan penggunaan ‘High Intensity Prismatic Sheet‘.

Kaedah pencahayaannya telah ditambah baik dengan ciri ‘phosphorescence atau lebih dikenali sebagai teknologi ‘glow in the dark‘ yang mengandungi elemen pigmen phosphors bagi mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat selepas diberi tenaga.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sumber tenaga adalah sama ada dari cahaya matahari atau lampu kenderaan yang diserap, sebelum ianya bercahaya semula dan dapat dilihat pada waktu malam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha dalam menjayakan sesi percubaan ini dan memilih kawasan di dalam Parlimen Hulu Langat sebagai lokasi perintis untuk memulakan inovasi ‘bercahaya dalam gelap’ ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply