ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gagal tepati waktu, syarikat penerbangan bakal berdepan tindakan – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bercadang untuk mengambil tindakan kepada syarikat penerbangan yang gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia berkait tidak menepati waktu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya sedang mencari pendekatan bagi meletakkan sasaran prestasi mengikut masa kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Ini sesuatu yang kita akan cari satu pendekatan bagaimana meletakkan satu sasaran prestasi mengikut masa (on time performance).

“Kalau mereka tidak dapat mencapai prestasi mengikut masa itu, maka kemungkinan ada sesuatu tindakan yang akan diambil,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) tentang apakah kerajaan akan memberikan amaran dan mendenda syarikat penerbangan yang gagal menepati waktu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Anthony Loke menjelaskan, kelewatan penerbangan berlaku disebabkan pelbagai faktor dan ada antaranya di luar kawalan syarikat penerbangan seperti cuaca.

“Cuaca umpamanya. Macam mana nak kawal cuaca? Kalau cuaca tak baik, kapal terbang macam mana nak terbang? Jadi itu kena difahami. Bukannya syarikat-syarikat penerbangan sengaja melewatkan penerbangan mereka.

“Tetapi saya setuju ada banyak perkara yang perlu kita tambah baik dan perlu kita perbaiki,” ujarnya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply