ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom ke Alami Proton hujung minggu ini!

Views

12049169_10153029257732105_7304900194376037923_n

Hari terbuka Proton atau lebih dikenali dengan Alami Proton kini kembali! Hujung minggu ini 93-4 Oktober 2015) jom kita beramai-ramai ke Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk merasai sendiri kemeriahannya. Seperti tahun lalu para pengunjung kini sekali lagi berpeluang untuk masuk ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton untuk melihat sendiri proses untuk menghasilkan sesebuah model kereta dengan lebih dekat.

Anda juga boleh melawat ke kilang pemasangan kereta dan melawat gerai pameran yang mengambil bahagian terutama sekali vendor-vendor yang membekalkan peralatan dan bahagian kereta kepada Proton. Selain itu Karnival Jualan Kereta turut diadakan dengan pelbagai promosi menarik selain potongan harga 30% – 70% bagi barangan cenderahati rasmi Proton dan alat ganti tulen.

Selain itu anda juga berpeluang untuk memenagi pelbagai hadiah menarik dan beramah-mesra dengan artis popular seperti Rozita Che Wan, Zain Saidin, Shaheizy Sam dan Zara Zya. Persembahan istimewa dari dua lagenda rock negara Amy Search dan Ella juga akan berlangsung pada 3 Oktober jam 5.00 petang!

Kepada peminat sukan permotoran, anda juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki “Joy-Ride” dan aksi Gymkhana jentera R3 dan Lotus. Sesi pandu uji model dan menang Proton juga akan diadakan kepada pengunjung selain beberapa acara yang menarik untuk seisi keluarga. Masuk adalah PERCUMA!

* Katanya ada model prototaip Perdana dalam Filem Kapsul bakal dipertontonkan di Studio Rekabentuk Proton. Nampaknya kali ni saya mungkin tidak dapat hadir ke sana atas sebab yang tak dapat dielakkan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply