ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Kedah berjaya kutip lebih RM2 juta hasil bidaan nombor pendaftaran KFC

Berita Tempatan

Views

Plat nombor pendaftaran KFC yang tamat bidaan melalui aplikasi JPJebid pada 17 Februari lalu berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364. Sinar Harian melaporkan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan nombor tersebut telah dibuka pada 13 Februari dan berlangsung selama lima hari.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Menurutnya, seramai 3,118 individu telah membida nombor siri tersebut dan plat KFC 7 muncul bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000 diikuti KFC 9 sebanyak RM48,000. Tambah beliau, JPJebid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

Jelasnya, pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘masa nyata’ dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, nombor pendaftaran KFC cukup sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera dan pasukan bola sepak Kedah.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurutnya, perkara itu menjadi antara faktor nombor kenderaan tersebut mendapat permintaan yang tinggi. Sebelum ini juga bagi nombor tender siri KFB pula berjaya mengutip hasil RM714,217 apabila dibuka atas talian pada 3 Disember hingga 7 Disember. Tambahnya, nombor bidaan tertingginya adalah bagi KFB 1 sebanyak RM92,222.

JPJ Kedah menyasarkan kutipan bidaan nombor pendaftaran KFC itu bakal melonjak melebihi RM1 juta. Sebelum ini JPJ Kedah memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran KFA yang sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Bidaan tertinggi yang direkodkan adalah nombor pendaftaran KEN mencecah kutipan RM4.8 juta pada tahun 2016.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri KEDAH

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply