ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ panggil semula 41,688 unit kenderaan – Enam jenama pengeluar terlibat

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam jenis buatan iaitu Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

Model Honda Civic dan CR-V keluaran 2022 hingga 2024 adalah yang paling banyak terbabit dalam aktiviti pemanggilan semula ini dengan 36,678 unit kenderaan, diikuti oleh model Kia Sorento XM yang membabitkan sebanyak 4,245 unit kenderaan.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata aktiviti pemanggilan semula itu adalah penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan berkenaan.

Beliau berkata, setiap pemilik kenderaan yang terbabit akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

“Oleh itu, semua pemilik kenderaan model yang terbabit adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses panggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Untuk makluman, mana-mana komponen yang terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula itu, pemilik kenderaan boleh hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan/perkhidmatan masing-masing yang berdekatan.

JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terbabit akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply