ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ tangguh pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan media dua hari lepas mengumumkan penangguhan pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan dan akan melaksanakannya semula bermula 1 April 2019. Sepatutnya pelaksanaan tersebut bermula pada 1 Januari 2019 jika merujuk kepada pengumuman yang telah dibuat sebelum ini.

Bagi pelaksanaan ini, pemohon perlu mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, di Pejabat JPJ Negeri. Ia terpaksa ditangguhkan kerana pihak industri dan syarikat memerlukan lebih masa untuk membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan pemasangan iklan.

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

Antara jenis kenderaan yang layak dipertimbangkan adalah :-

  • Kenderaan perdagangan (Barangan dan Perkhidmatan Awam).
  • Kenderaan persendirian syarikat; dan
  • Kenderaan e-panggilan (e-hailing).

Permohonan ini adalah bertujuan supaya setiap kenderaan yang terlibat memasang iklan pada bahagian kenderaan yang mematuhi syarat-syarat serta peraturan yang termaktub di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya. Bagi memudahkan urusan orang awam, pemohon adalah diingatkan supaya membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply