Pada hari Thaipusam tahun ini, dianggarkan sebanyak 1.5 juta penganut Hindu dan pelancong dari kawasan-kawasan serantau akan mengunjungi Kuala Lumpur untuk menyambut perayaan tersebut di Batu Caves. Menjelang ketibaan Thaipusam, Waze telah menyediakan tip-tip berikut yang dapat membantu mereka sampai ke tapak suci tersebut dengan selamat dan tepat pada masanya.
1. Ramalan Waze bagi Waktu Terbaik dan Puncak untuk memandu di Kuala Lumpur
Mereka yang ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa menuju ke Kuala Lumpur boleh memanfaatkan panduan berikut:
Januari 20, 2019
Waktu Puncak: 10-11 pagi
Waktu Terbaik yang disyorkan: 7-11 malam
Januari 21, 2019
Waktu Puncak: 4-5 pagi
Waktu Terbaik yang disyorkan: 8-9 malam
JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900
2. Rancang perjalanan anda sempena Thaipusam
Para pengguna Waze juga boleh mengelakkan kesesakan lalu-lintas dengan menggunakan fungsi Pemanduan Dirancang supaya dimaklumkan tentang masa terbaik untuk memulakan perjalanan ke Batu Caves – ataupun destinasi-destinasi yang lain pada hari tersebut – tepat pada masanya. Pemanduan Dirancang juga boleh diselaraskan dengan kalendar telefon pintar anda supaya hari anda dapat dirancang tanpa sebarang tekanan.
3. Dapatkan makluman terkini dengan kemas kini semasa
Ketika di jalan raya, buka aplikasi Waze anda untuk mendapatkan panduan-panduan arah perjalanan, laporan-laporan trafik semasa dan makluman-makluman mengenai: kemalangan, keadaan serta unsur-unsur bahaya di jalan raya. Anda juga boleh mengenal pasti laluan-laluan yang baharu dan lebih pantas dengan bantuan aplikasi tersebut. Aktifkan suara navigasi supaya anda sentiasa dapat memerhatikan kemas kini semasa dan memberi lebih tumpuan kepada pemanduan.
Diharapkan tip-tip ini boleh membantu kelancaran perjalanan anda nanti!
JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI