ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton naik 12.6 peratus bulan Oktober – Pelancaran X70 akan dibuat akhir tahun

Views

Jualan kereta Proton telah meningkat sebanyak 12.6 peratus pada bulan Oktober dengan 5,093 unit telah dijual. Ia meningkat sebanyak 569 unit berbanding bulan sebelumnya dan terdapat sedikit kanaikan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Pegangan pasaran bagi peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pula dianggarkan sebanyak 10.7 peratus.

Meskipun pegangan pasaran keseluruhan Proton menurun pada bulan Oktober, jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk sepanjang tahun 2018 selain daripada tempoh jualan luar biasa dari bulan Jun sehingga September yang didorong dengan GST berkadar sifar. Dengan pelancaran Proton X70 hanya berlaku pada akhir tahun ini, titik pertumbuhan menunjukkan minat pelanggan semakin meningkat pada rangkaian kereta sedia ada Proton.

Penerimaan pelanggan telah ditingkatkan oleh polisi harga menarik yang ditawarkan dan pembeli dapat menikmati harga tanpa SST di mana Proton telah menyerap cukai tersebut untuk semua model miliknya. Ini bermakna tiada perubahan harga walaupun tempoh GST berkadar sifar telah berakhir dan penguatkuasaan SST pada bulan September yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, Proton dalah satu-satunya pengeluar kereta di Malaysia yang melaksanakan polisi harga tanpa SST untuk semua model sedia ada. Ia bermatlamat untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dengan menjadikannya lebih mudah untuk dimiliki. Justeru, bagi dua bulan yang terakhir untuk tahun 2018, Proton menawarkan rebat sebanyak RM3,000 serta akan merancakkan lagi aktiviti jerayawara dan karnival-karnival bagi memastikannya dapat didekati oeh lebih ramai pembeli di Malaysia.

Peningkatan bilangan cawangan 3S dan 4S baharu turut menyumbang kepada peningkatan imej jenama Proton. Pada akhir bulan Oktober, sebanyak 113 permohonan cawangan telah diluluskan, ia merupakan pencapaian sebanyak 104 peratus berbandingan sasaran asal iaitu 109 cawangan. Sebelum semua cawangan ini beroperasi, program-program latihan telah dijalankan untuk memastikan semua kakitangan jualan dan servis dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Keberkesanannya telah terbukti melalui Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2018 oleh JD Power untuk jenama pasaran automotif, di mana Proton telah naik sebanyak tiga tangga. Cawangan pengedar 3S/4S baharu kami telah menambah baik jenama Proton dan meningkatkan keyakinan pengguna. Lebih ramai rakyat Malaysia kini mula percaya bahawa Proton mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi disokong pula dengan servis pelanggan yang cemerlang.

Proton sedar dengan cawangan yang baharu sahaja tidak mampu memenangi hati pembeli, dan pada masa yang sama juga mereka telah membuat pelaburan untuk menambahbaik dari segi tahap kemahiran dan servis. Ini dapat dibuktikan melalui skor sebanyak 782 mata dalam kedudukan SSI oleh JD Power.

SUV pertama keluaran Proton, X70 pula berjaya menerima sebanyak 10,000 tempahan sejak 8 September lalu. Ia telah menarik perhatian pembeli kereta melalui kombinasi reka bentuk yang menarik, ciri-ciri terkini serta prestasi pemanduan yang mengujakan. Pelancaran platform tempahan dalam talian pada 17 Oktober turut membantu menaikkan tempahan.

Proton telah mengambil pelbagai langkah demi memastikan SUV baharu tersebut dapat memenuhi keperluan pelanggannya. Sebagai contoh, latihan produk kepada semua kakitangan telah diperhebatkan melalui ujian yang diadakan secara rambang untuk memastikan pengetahuan produk yang tepat. Dari segi teknikal, pelaburan bagi peralatan dan kelengkapan baharu pusat servis yang diiktiraf juga dilakukan dengan tambahan ruang untuk memenuhi sekiranya terdapat lebihan permintaan.

X70 adalah model yang paling maju serta dilengkapi dengan ciri-ciri baharu yang tidak pernah ada lagi dalam kereta Proton. Dengan pembukaan cawangan 3S/4S, latihan untuk kakitangan, pembinaan kilang baharu di Tanjung Malim serta kerjasama antara pembekal tempatan dan antarabangsa, Proton memastikan persediaan awal yang sempurna. Ini menyebabkannya terpaksa mengambil masa yang lama dan Proton meminta pelanggan agar bersabar dan memberi sedikit masa lagi kerana penantian kini hampir berakhir.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply