ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Lot parkir sewa khas hanya sah sepanjang tempoh perniagaan sahaja

Views

Kami nak kongsikan satu hantaran terbaharu dari laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia yang berkaitan dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai isu sewaan lot parkir khas. Untuk makluman semua, penyewa lot parkir khas untuk kemudahan premis perniagaan daripada DBKL hanya sah bagi tempoh waktu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Isnin sehingga hari Sabtu.

Selepas jam 6.00 petang, hari Ahad dan cuti umum lot parkir tersebut adalah terbuka kepada orang awam. Namun begitu, masih ramai penyewa parkir khas ini yang membina atau meletakkan penghadang bagi mengelakkan orang lain meletakkan kenderaan selepas tempoh yang dibenarkan.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Harus diingat bukan semua tempoh masa sewaan adalah sama. Ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lokasi terbabit. Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberikan tempoh yang lebih lama kepada penyewa parkir khas berbanding DBKL iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Tujuan artikel ditulis adalah untuk perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. Walaupun isu parkir ini nampak remeh, tetapi ada juga segelintir individu yang hilang sabar sehingga melakukan jenayah. Terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atas perkongsian ilmu ini dan kami harapkan ia dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai hak dan tanggungjawab bersama.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply