ARKIB

KATEGORI

Buletin

Juara CSOIAM, Mary Grace bawa pulang Peugeot 408 – Tujuh pemenang cabutan bertuah terima Peugeot Landtrek

Berita Tempatan

Views

Rancangan realiti Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) berakhir selepas lapan episod dengan satu grand finale yang menarik lebih daripada 30 juta penonton serta lebih 630,000 undian sepanjang tempoh siarannya.

Program ini menduduki tempat pertama di media sosial setiap minggu, membuktikan bahawa ia bukanlah sekadar untuk mencari pemenang, malah turut memberikan pengalaman yang mendalam dan bermakna kepada peserta serta peminat.

Mary Grace telah dinobatkan sebagai juara dengan persembahan luar biasa yang mengagumkan juri dan penonton. Kehebatan vokalnya serta kehadiran pentas yang memukau menjadikannya bintang baharu Malaysia.

CSOIAM turut mencipta sejarah sebagai satu-satunya program hiburan yang menawarkan model trak pikap Peugeot Landtrek bernilai RM123,000 selama tujuh minggu berturut-turut sebagai hadiah utama.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Baru-baru ini telah berlangsung majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Cycle & Carriage Cheras. Hadiah ini merupakan kolaborasi eksklusif antara Calpis Soda dan Peugeot Malaysia dengan kerjasama Media Prima.

Sebagai juara CSOIAM, Mary Grace telah berjaya membawa pulang sebuah Peugeot 408, manakala tujuh lagi pemenang bertuah turut menerima Peugeot Landtrek masing-masing.

Peugeot Landtrek dikuasakan oleh enjin 1.9-liter turbodiesel dengan 150 kuasa kuda dan 350Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Dilengkapi Eaton rear differential lock, mod 4×4 pelbagai, dan jarak legaan tanah 235mm, ia mampu menakluki pelbagai jenis permukaan jalan dengan penuh keyakinan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Reka bentuk luarannya yang berani dengan jeriji berbingkai krom dan lampu LED ‘cakar singa’ menjadikannya sebuah kenderaan yang menarik perhatian, sementara ruang muatan berkapasiti 1 tan memastikan kesesuaian untuk kerja dan gaya hidup aktif.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd., Santharuban Thurai Sundaram, berkata, pihaknya percaya bahawa CSOIAM bukan sekadar pertandingan. Kolaborasi bersama Peugeot Malaysia telah mengubah undian langsung dan cabaran media sosial interaktif menjadi ganjaran nyata.

Menambah keterujaan, grand finale CSOIAM juga menwarkan hadiah wang tunai RM100,000 yang diberikan kepada 100 peminat bertuah.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan, berkata, Calpis Soda adalah tentang keseronokan dan kegembiraan. Dari persembahan bertenaga hingga hadiah yang luar biasa, program ini direka untuk menceriakan, menghubungkan, dan menggembirakan penonton di mana-mana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply