ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah jualan kenderaan Toyota dan Lexus meningkat 6 peratus pada bulan Oktober

Berita Tempatan

Views

Sektor automotif terus menyaksikan peningkatan prestasi jualan dan ia dapat dilihat menerusi peningkatan pesanan dan penyerahan setiap bulan. UMW Toyota Motor (UMWT) turut tidak ketinggalan dan merupakan antara syarikat yang meraih kadar pemulihan pasaran yang pantas.

Bagi bulan Oktober, jumlah kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual adalah sebanyak 8,500 unit, meningkat 6 peratus berbanding bulan September. Jumlah jualan keseluruhan bagi tahun ini setakat akhir Oktober adalah 54,618 unit, 25 peratus lebih banyak berbanding tempoh sama pada tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) hingga 30 Jun 2022 yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022 akan membantu untuk mengekalkan momentum jualan dalam keadaan pasaran yang semakin pulih.

Syarikat juga gembira kerana kerajaan akan menyediakan sokongan bermakna kepada industri untuk mula membangunkan sektor kenderaan elektrik (EV). Dengan pemansuhan sepenuhnya semua duti dan cukai jualan bagi EV, serta cukai jalan, ini akan membolehkannya ditawarkan pada harga yang menarik dan meningkatkan penggunaannya.

Pengecualian cukai sehingga RM2,500 bagi individu yang membelanjakan wang untuk kemudahan berkaitan EV juga akan membantu lebih ramai warga Malaysia untuk memilikinya.  UMW Toyota Motor juga sudah memulakan fasa pertama program elektrifikasinya dengan pemasangan tempatan kenderaan hibrid elektrik.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Ujar Presiden UMWT, Ravindran K, jumlah pesanan telah bertambah dengan konsisten dan dua kilang pengeluaran kini beroperasi pada tahap maksimum untuk mengeluarkan sebanyak mungkin kenderaan agar pelanggan tidak perlu menunggu lama.

Tambah beliau, pelanggan dapat menikmati lebih penjimatan menerusi Toyota Service Savers (TSS) dengan membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang menjadi rakan usaha sama UMWT.

TSS meliputi semua keperluan servis bagi kenderaan bagi sela masa yang disyorkan, dan termasuk semua minyak dan alat ganti yang diperlukan. Pemilik kenderaan boleh menebusnya di semua pusat servis Toyota yang sah di sleuruh negara (tertakluk kepada terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply