ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan meningkat lima peratus hari ini

Berita Tempatan

Views

Polis mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli hari ini.

Menurut K! ONLINE, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesan berlaku bermula pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, bagaimanapun, dua SJR di Pasir Puteh yang menjadi pintu masuk dari Terengganu dan Gua Musang untuk perantau dari ibu negara dilihat tiada berlaku peningkatan kemasukan kenderaan setakat ini.

Tambah beliau, berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.

Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus pada hari ini.

Sehubungan itu, Abdullah turut menasihatkan perantau yang pulang ke Kelantan agar menyediakan dokumen yang lengkap dengan alasan kukuh supaya tidak menimbulkan masalah ketika mereka tiba di SJR untuk ke negeri ini.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menggalakkan perantau mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ketika ini. Tambahnya lagi, adalah lebih baik jika semua perantau tidak pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply