ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sila lapor polis jika nampak orang luar masuk ke Perlis

Berita Tempatan

Views

Penduduk Perlis diminta melaporkan kepada polis sekiranya terdapat kehadiran pihak luar yang meragukan atau sebarang perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk berkumpul menjelang dan semasa Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

K! ONLINE melaporkan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga akan meminta kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), persatuan penduduk dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) untuk memantau kawasan kejiranan masing-masing.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Pihaknya percaya ada yang akan cuba masuk Perlis pada waktu ini dengan pelbagai alasan termasuk kemungkinan ada cubaan menyelinap menggunakan lorong tikus.

Sehubungan itu, pihaknya meminta semua penduduk terutama JPKK, persatuan penduduk dan KRT
agar melaporkan kepada polis sekiranya ada orang luar yang masuk tanpa kebenaran.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri Perlis berkata demikian ketika memantau sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Changlun – Kuala Perlis di Ulu Pauh dekat Arau, hari ini.

Menurut Azman, pihaknya juga akan meminta kerjasama pihak polis dan agensi keselamatan lain untuk memperketatkan lagi pemeriksaan serta kawalan di semua SJR dan lorong-lorong tikus.

Ujar beliau lagi, pihaknya berharap tiada mana-mana individu yang cuba masuk ke negeri ini tanpa kebenaran kerana mereka mahu menjaga keselamatan warga Perlis daripada dijangkiti COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply