ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah kenderaan masuk Kelantan meningkat 15 peratus

Berita Tempatan

Views

Polis mengetatkan kawalan di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Putih, di Gua Musang yang menjadi pintu masuk Kelantan selepas mendapati jumlah kenderaan di laluan itu meningkat sehingga 15 peratus hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, keadaan tersebut berlaku kurang 24 jam selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sekatan penuh bermula 1 hingga 14 Jun ini.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Menurut beliau, anggota di SJR Kampung Tanah Putih diarahkan untuk mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan luar yang ingin masuk ke Kelantan melalui Gua Musang. Pihaknya akan memastikan setiap mereka yang merentas negeri mempunyai permit perjalanan yang sah.

Terdahulu pagi ini, media melaporkan ketika berbaki dua hari menjelang total lockdown, aliran trafik mengalami sesak teruk di pintu keluar ibu negara, terutama di sekitar Tol Gombak dan Tol Sungai Besi. Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air sekitar pukul 10 pagi ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply