ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT sahkan pesawat Israel Pesawat Israel tidak berlegar-legar di ruang udara Malaysia

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini mengesahkan bahawa sebuah pesawat Israel telah melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini namun menyatakan tiada corak penerbangan yang tidak normal atau dilihat berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Bernama, MOT memaklumkan bahawa pesawat awam itu telah mengikuti laluan penerbangan komersial yang digunakan oleh mana-mana pesawat awam ketika melintasi ruang udara Malaysia menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Kenyataan itu menyebut bahawa pesawat tersebut berlepas dari Male, Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada 2.55 pagi Rabu lepas (19 Mei 2021). Jelas kenyataan itu, berdasarkan peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melalui ruang udaranya selagi ia tidak mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Malaysia adalah negara anggota ICAO. Menurut MOT, kelulusan penerbangan yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) itu tidak membenarkan ia mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.

Tambah kenyataan itu, tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat itu melalui ruang udara Malaysia dan ia juga tidak dilihat berlegar-legar di ruang udara Malaysia. MOT juga menyatakan bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat itu tidak kembali ke ruang udara Malaysia selepas tiba di destinasinya, Singapura.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit dc_ah dan Defence Security Asia

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply