ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kad khas untuk petrol subsidi bersasar bakal diperkenalkan

Views

Berita Harian melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mungkin menggunakan kad khas sebagai mekanisme dalam menyalurkan subsidi petrol secara bersasar. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kad petrol RON95 itu akan diberikan kepada golongan berpendapatan terendah (B40) jika ia dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan berhubung mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar akan mengutamakan kaedah pelaksanaan yang mudah dan lancar. Had penggunaan yang dibenarkan dan jenis sistem untuk membaca kad itu juga sedang diteliti kerana kerajaan ingin memastikan kaedah pelaksanaan berjalan dengan baik.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Tambah beliau lagi, jika sesuatu dasar yang baik dilaksanakan secara kucar-kacir sudah pasti hasilnya tidak bagus. Jika subsidi diberi ketika harga minyak naik pula, ia akan membebankan kewangan kerajaan, oleh itu segalanya perlu diperhalusi terlebih dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. KPDNHEP dan Kementerian Kewangan juga dalam peringkat perbincangan mengenai mekanisme baharu subsidi petrol bersasar bersama pihak berkepentingan.

Beliau memberi jaminan untuk meletakkan isu subsidi petrol sebagai tugas pertamanya ketika ini sebagai usaha untuk meringankan beban dan kos sara hidup rakyat. Apabila ditanya sama ada mekanisme subsidi petrol bersasar itu akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2019 pada 2 November depan, Saifuddin berkata beliau ada memaklumkan perkara itu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply