ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 10,000 unit Proton X70 ditempah setakat ini

Views

Proton berjaya mencatatkan tempahan melebihi 10,000 unit SUV pertamanya, X70 setelah tempahan pra-pelancarannya mula dibuka sejak 8 September 2018. Buat kali pertama juga Proton membuka tempahan secara atas talian untuk model tersebut dan hampir 2,000 daripada jumlah keseluruhan tempahan setakat ini dibuat menerusi platform tersebut.

Ini juga bermakna Proton telah mengambil keputusan yang tepat untuk mewujudkan dan melancarkan kemudahan tersebut. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, Proton berharap pelanggan dapat bersabar kerana pihaknya kini sedang membuat persiapan akhir pelancaran Proton X70. Model ini juga akan adalah kereta pertama yang dihasilkan bersama oleh Proton dan Geely.

Proton juga mengumumkan ia telah mencapai lebih dari jumlah sasaran kelulusan sebanyak 109 cawangan bagi 3S/4 sejak awal tahun. Setakat ini, sebanyak 113 kelulusan permohonan cawangan telah direkodkan, sekaligus mencatatkan pencapaian sebanyak 104 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Dr Li Chunrong turut memuji usaha para pengedar sedia ada yang mengambil peluang untuk terus melabur dengan Proton serta pengedar baharu untuk kepercayaan dan visi mereka yang melihat potensi syarikat dalam pasaran automotif ketika ini dan pada masa hadapan. Selain itu, Proton berya melonjak ke tangga keenam dalam Indeks Kepuasan Jualan 2018 (SSI) yang dikeluarkan oleh JD Power dengan skor sebanyak 782 mata. Proton turut yakin dapat mencapai sasaran kedudukan tiga yang teratas menjelang 2019.

Ming Heng Motor Sdn Bhd (Ming Heng) kini menjadi salah satu daripada pengedar 4S terbaharu di dalam senarai cawangan 4S Proton. Terletak di Jalan Genting-Klang, cawangan ini mempunyai keluasan sebesar 3,074 meter persegi dan kos pelaburan sebanyak RM6 juta. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah 14 ruang penyelenggaraan dengan 12 servis pengangkat, ruang istirahat pelanggan, ruangan minuman, Wi-Fi percuma, kawasan permainan kanak-kanak, kawasan mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta bilik solat untuk kemudahan pelanggan. Pusat ketuk dan cat sedang dibaikpulih dan akan beroperasi pada Disember 2018.

JOM BACA >> INTIP: Geely Boyue pemanduan sebelah kanan dan Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply