Tiga sekeluarga nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka yang turut membawa muatan durian terbakar di Jalan Changkat Lada-Pasir Salak di Kampung Gajah di Pasir Salak, pagi tadi.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian itu, pemandu berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 13 tahun dan ibunya berusia 50-an sempat menyelamatkan diri.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang dari kebun durian berhampiran menuju ke Felcra Changkat Lada.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Qyairul Eqwan Suib berkata, sepasukan enam anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.50 pagi.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Katanya, mangsa berjaya keluar sebelum kenderaan itu terbakar bersama durian yang dibawa. Ketiga-tiga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambah beliau, anggota kemudiannya melakukan pemadaman menggunakan dua aliran air sehingga api padam sepenuhnya. Operasi ditamatkan pada jam 9 pagi.
Menurutnya, kenderaan tersebut musnah 80 peratus, namun punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI