ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kancil terbabas rempuh Hilux, dua sahabat maut

Berita Tempatan

Views

Dua sahabat maut manakala dua lain cedera apabila Perodua Kancil bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 12 Jalan Chini-Kuantan, di Pekan, hari ini.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian pada 3 petang itu, dua mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta iaitu Hasyim Amin, 29, serta Dolah Muhtar, 39.

Sementara dua mangsa lelaki yang cedera adalah pemandu Toyota Hilux berusia 35 tahun bersama penumpang berusia 38 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Chini menghala ke Kuantan.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Hasyim dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Manakala pemandu dan penumpang Toyota Hilux dibawa ke Klinik Kesihatan Chini untuk menerima rawatan lanjut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan pada 3.10 petang.

Anggota bomba menggunakan peralatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta, dan dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply