Dalam artikel sebelum ini, rakan kami di WapCar.my memaklumkan ada ura-ura yang mengatakan model pengganti Alza (D27A) itu akan mendapat nama baharu.
Ini kerana model D27A akan mempunyai ciri yang lebih premium dan canggih berbanding model semasa. Namun menurut info dari ejen perisik Mat Bond, berkemungkinan Perodua akan mengekalkan nama Alza untuk D27A.
Namun, harganya sudah pasti akan mengalami kenaikan dengan model semasa kerana ia dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan ciri-ciri yang lebih canggih.
Mungkin ada asasnya info yang diberikan oleh Mat Bond kerana mengikut pemerhatian kami di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), tarikh luput tanda dagang untuk model Alza adalah pada 1 Jun 2029.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Agak menghairankan juga mengapa tempoh tarikh luput tanda dagang untuk model Alza masih lagi panjang sedangkan ia bakal ditamatkan pengeluarannya pada bulan April nanti. Ada kebarangkalian, nama tersebut masih lagi akan digunakan pada model penggantinya nanti.
Tambah Mat Bond, meskipun ada beberapa nama lain seperti Axeda, Myca, Lasaq dan Impax turut didaftarkan di MyIPO, namun ia sebenarnya untuk mengalih perhatian orang awam semasa mereka mendaftarkan nama Ativa sebelum ini.
Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI