ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Foto Intip

Views

Kelibat unit prototaip Geely Hao Yue (VX11) @ Proton X90 versi trak pikap telah berjaya dikesan dan mula turun menjalani ujian jalan raya di China.

Unit ujian yang sarat dengan pelitup celoreng penyamaran ini besar kemungkinan adalah prototaip versi pengeluaran yang sebenar.

JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan beberapa foto imej paten trak pikap yang berasaskan model cross MPV berkenaan dalam artikel terdahulu.

Kelihatan rekaannya kelihatan sangat baik dalam dunia nyata, jauh ‘lebih senonoh’ jika dibandingkan dengan trak pikap dengan ‘rekaan jelik’ berasaskan Geely Bo Yue PRO, Yuancheng FX.

Meskipun trak pikap ini banyak mengitar semula rekaan asas Hao Yue (VX11), ia menampilkan beberapa perbezaan terutamanya jejalur lampu yang merentasi lampu depan, liang kemasukan udara yang lebih besar dan bentuk tingkap sisi.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Paling ketara sekali adalah bentuk tingkap sisi yang selari dengan reka bentuk trak pikap dwikab. Di bahagian belakang, lampunya nampak lebih tebal berbanding model asal dan kelihatan jejalur lampu berbentuk ‘abjad-X’ yang agak unik.

Sebenarnya, yang paling mencuri perhatian di sini adalah satu foto yang memaparkan bahagian bawah gandar belakang trak pikap tersebut. Jika diteliti pada casisnya, besar kemungkinan ia akan menggunakan trenkuasa elektrik (EV).

Selain itu, ia menggunakan sistem suspensi multilink di bahagian gandar belakang dan model pengeluaran trak pikap ini nanti bakal diletakkan di bawah jenama kenderaan komersial Geely.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply